16 November 2017 - 17:35
 Israel Sedia Bekerjasama Dengan Arab Saudi Hadapi Iran

Ketua Tentera Israel memaklumkan pihaknya telah bersiap sedia untuk bekerjasama dengan Arab Saudi bagi menghadapi rancangan Iran untuk 'menguasai Asia Barat'.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) - Ketua Tentera Israel memaklumkan pihaknya telah bersiap sedia untuk bekerjasama dengan Arab Saudi bagi menghadapi rancangan Iran untuk 'menguasai Asia Barat'.

Leftenan Jeneral Gadi Eisenkot berkata, pihak bersedia untuk bertukar-tukar pengalaman dengan negara-negara Arab dan maklumat perisikan bagi menghadapi Iran.

Ketika ditanya sama ada telah ada maklumat dikongsi dengan Arab Saudi baru-baru ini, beliau berkata, mereka bersedia berkongsi maklumat jika perlu malah mereka mempunyai kepentingan sama. - AFP